This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Apa yang Sebenarnya Membezakan Perempuan dengan Laki-Laki Hingga Sehelai Rambut Seorang Perempuan Perlu Disembunyikan? - Foto

fenifuah.blogspot.com - Nampaknya perempuan yg tak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yg terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siapa. Bukan pemburu haram tetapi satu budaya yg mempunyai sejarah yg pendek.
Apa yang Sebenarnya Membezakan Perempuan dengan Laki-Laki Hingga Sehelai Rambut Seorang Perempuan Perlu Disembunyikan?
Budaya ni mula menyerap ke dlm sanubari rakyat Melayu-Islam sejak akhir 1970-an. Ini merupakan zaman pembangkitan Islam yg mendapat ilham daripada revolusi Islamik di Iran yg berjaya menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlavi yg sekular dan didukung oleh Amerika Syarikat.

Pada zaman yg sama, Malaysia pesat membangun daripada negara dunia ketiga ke negara dunia ke ... tak mengapalah. Proses modenisasi ni mendahulukan kepentingan bangsa Melayu dari kawasan perkampungan supaya ramai berpindah ke kota untk meneruskan pendidikan dan merebut peluang pekerjaan.

Wanita Melayu terutamanya mendapat manfaat terbesar daripada proses modenasasi pd waktu ini. Pada pertama kali, ramai wanita Melayu muda dan belum berkahwin dari perkampungan diberi peluang bekerja, sambung belajar, dan menetap di kawasan bandar di luar kawalan ibubapa.

Namun, kebebasan wanita Melayu khususnya kebebesan ‘minah karan’ yg berkhidmat di kilang alat elektronik di pinggiran bandar dipandang serong. Agen-agen dakwah yg berhaluan PAS dan ABIM pd 1980-an muncul sebagai ‘penyelamat’ Melayu wanita yg dipercayai terhanyut oleh arus deras modenisasi.


Bilangan perempuan Melayu yg memakai tudung meningkat sejak tahun 1980-an dan terus meloncat hingga wanita yg tak memakai tudung - seperti saya - hanya tinggal segelintir sahaja. Golongan minoriti ni akan terus ditegur, dihina, dan ditindas sehingga tiap helai rambut diselubungi tudung.

Boleh dikatakan proses Islamisasi di Malaysia sangat obses dgn cara pemakaian dan perlakuan wanita Melayu. Seiringan itu, pengaturan gaya hidup seharian wanita Melayu menjadi modus operandi bangsa yg begitu asyik memelihara identiti Melayu-Islam yg pantang dicabar di negara ini.

Jadi, mengapa pula saya tak memakai tudung? Pendirian saya yg feminis menolak perbezaan sosial antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah definisi yg membezakan antara aurat lelaki dan perempuan. Apa yg sebenarnya membezakan perempuan dgn laki-laki hingga sehelai rambut seorang perempuan perlu disembunyikan?

Bagi saya, tudung melambangkan hasil daripada ketegangan sosial yg timbul daripada proses Islamisasi dan corak pembangunan ekonomi yg mementingkan bangsa Melayu sejak 1970-an. Ketegangan ni masih berterusan dan boleh dilihat melalui tekanan atas wanita Melayu untk bertudung.

Evolusi tudung daripada lambang pembangkitan Islam kepada simbol konsumer dan individualisme adlh hasil daripada modenisasi dan perkembangan bangsa Melayu kelas menengah (middle class) yg hegemonik dlm masyarakat Malaysia. Tudung jg boleh menjadi kapitalis dan neoliberal. Islam Melayu jg kapitalis dan neoliberal.

Saya faham rambut wanita Muslim hanyalah simbolik sahaja dan mempunyai maksud yg lebih tersirat. Ia melambangkan perbezaan yg mengasingkan lelaki daripada perempuan di ruang domestik dan awam. Tudung adlh satu fetish - sebuah objek yg ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu.

Kini, identiti perempuan Melayu begitu sinonim dgn tudung. Tudung itu perempuan Melayu. Sebarang percubaan untk mengasingkan tudung daripada identiti perempuan Melayu boleh mendatangkan krisis eksistensialis yg sering muncul dlm laman media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter. Setiap wanita Muslim yg berjaya memakai tudung. Maka, kepupusan wanita Melayu yg tak bertudung adlh kejayaan umat Melayu Islam.

* Segala pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.
?

other source : http://pinterest.com, http://media-info-semasa.blogspot.com, http://tribunnews.com

0 Response to "Apa yang Sebenarnya Membezakan Perempuan dengan Laki-Laki Hingga Sehelai Rambut Seorang Perempuan Perlu Disembunyikan? - Foto"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *